ppmksar's newsletter

 
 
Volume 3, Issue 1 (January 2001) - page 4
 
 
[ Home | Official | Newsletter | Services | Activities | About Us | Links ]
 
   
     
 
PROJEK PERPUSTAKAAN ANGKAT (SCHOOL ADOPTION PROJECT)


PPMKSAR dan pihak Jabatan Pendidikan Negeri telah menganjurkan satu Projek Perpustakaan Angkat yang bermula daripada bulan Mac 2001 sehingga ke Mac 2003.   Projek ini dijalankan hasil dari kunjungan muhibbah kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri pada 9 hb Januari, 2001.  Kunjungan ini dibuat bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat mengenai perkembangan perpustakaan/pusat sumber di sekolah-sekolah dalam Negeri Sarawak khasnya di Bandaraya Kuching dan kemungkinan-kemungkinan tindakan/aktiviti yang boleh diambil/dijalankan oleh PPMKSAR dalam mempertingkatkan lagi kualiti perpustakaan-perpustakaan tersebut. Beberapa perkara mengenai masalah dan cadangan bagi meningkatkan tahap dan kualiti Pusat Sumber di sekolah-sekolah menengah dan rendah di Sarawak telah dibincangkan.

Objektif projek adalah:

1) Membantu pihak sekolah membangunkan pusat sumber yang teratur dan mengikut amalan dan piawaian yang semasa
2) Membantu mendapatkan bahan-bahan untuk Pusat Sumber Sekolah
3) Membantu melatih guru-guru dan pelajar yang berminat dalam kemahiran mendapatkan maklumat dan pengurusan Pusat Sumber
4) Memupuk minat untuk menceburi kerjaya kepustakawanan dikalangan pelajar
 

Sekolah yang terpilih ialah Sekolah Menengah Kerajaan Tunku Abdul Rahman dan Sekolah Kebangsaan Semariang. PPMKSAR berharap semoga projek ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sumbangan daripada Komiti Sosial
 

 ANNOUNCEMENT
(PPMKSAR ANNUAL GENERAL MEETING)


The Annual General Meeting of Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sarawak (The Librarian Association of Malaysia, Sarawak Chapter) for the year ending October 2001 will be held at Pustaka Negeri Sarawak, Kuching Sarawak on 15 September 2001.

All Members are encouraged to attend the AGM.

Details will be made available through PPMKSAR Vol. 3 No. 2 (June) Newsletter.